Selembar Kain ?

Sabtu, 2009 Disember 05


Baru sebentar tadi,aku pulang daripada rumah mak cik. Tak tahu apa yang perlu dilakukan, aku pun menonton ASTRO di Channel National Geographic. Kisahnya tentang peristiwa pengeboman di India masa Disember 2008.


Yang disabitkan dengan kesalahan membunuh tu adalah dikatakan seorang pemuda yang namanya bermula dengan MUHAMMAD. 9 orang kawannya mati ditembak oleh polis. Ke 10 orang mereka digelar pengganas oleh media massa. Macam menipu je ni orang Islam....


Sejujurnya lah, aku pun tak tahu nak jawab apa kalau ada orang tanya betul ke tidak umat Islam ni terrorist? Aku pasti yang aku akan terpaku, terkaku...dan ter ter ter.... Tapi kalau aku nak jawab secara ikhlas..aku jawab BUKAN la..


Kenapa BUKAN?


Sebab umat Islam sekarang dikelilingi oleh zaman fitnah.. macam-macam fitnah umat Islam dapat. Kuffar yang memburuk-burukkan Islam! Kuffar yang menghitamkan nama Islam melalui media massa kerana mereka telah menguasai sebahagian besar media massa. Memang sebak seyh..


Aku sayang Islam..tapi aku rasa perangai aku ni yang macam tak sayang Islam pulak..betul..memang pon.. ..Tapi aku rasa bukan aku sorang je macam ni..3/4 umat Islam pun macam tu jugak ..tapi aku still tengok diri aku jelah.. tadi, aku ambil keputusan periksa di sekolah. Keputusan aku tak adalah teruk sangat..but ’shock’ la jugak..


Masa aku balik rumah..hati pun agak sedikit terkuciwa merana. Tiba-tiba, aku terpandang satu kain yang terikat dengan serabut giler dekat pemegang rak buku aku. Itulah kain yang terpampang bendera Palestin di atasnya..hati aku yang terkuciwa merana tu dilupakan sebentar jap. Aku pun ikat kain tu baik-baik..dan kemas-kemas mantoop!Aku pegang lembut kain tu..betulkan....


Aku fikir-fikir...renung-renung kain tu. Macam mana agaknya kawan-kawan aku kat Palestin ye? Hati aku macam sedih pun ada..marah pun ada. Marah kat diri aku.. Apa pasal markah periksa aku tak bagus? Apa pasal aku ni pemalas sangat? Kalau aku rajin belajar, mesti aku berjaya. Sebab aku malaslah, kawan-kawan aku kat sana tu hidup derita. Aku minta maaf weyh... kalau aku berjaya, dapatlah aku tolong korang. Harumkan nama Islam..biar maruah Islam tak dipijak lagi. Biar Yahudi takut nak pijak maruah Islam.


Ini salah aku...yelah..memang salah aku. Aku tahu aku bukannya pandai sangat..otak aku tak genius pun nak dibandingkan dengan kawan-kawan aku. Aku juga bukannya Tapi, aku adalah usaha jugak untuk berjaya. Bila aku failed pekse, jujur aku cakap memang aku menanges. Sebab aku dah usaha...tapi aku selalu failed jugak. Aku putus asa dan asyik menangis...tapi bila aku ingat aku ada tanggungjawab yang besar, aku teruskan jugak walaupun hakikatnya,aku belum pasti aku mampu atau tak. Yang aku tahu, aku cuba. Bukan untuk kejayaan diri aku sebenarnya, aku sedar. Tapi untuk tolong kawan-kawan seislam aku dan maruah agama aku...


Aku minta maaf sangat-sangat sebab selama cuti sekolah ni, aku tak belajar. Aku lupa kat korang. Aku lupa tanggungjawab aku. Sorry friends.. Aku sedih tengok dunia luar caci dan hina umat Islam. Tapi aku sendiri tak berusaha betul-betul. Aku cuba...aku tahan...aku kuatkan diri aku. Sebab aku tahu, aku kena usaha lebih daripada orang lain. Bila cikgu ajar, kawan yang duduk tepi, belakang dan depan aku dah faham tapi aku masih tak faham-faham. Tak apalah..aku tanya cikgu. Aku tahan...aku cuba...sebab aku yakin dengan janji Allah dengan firmanNya dalam AL QURAN


”Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupan hambaNya sendiri”


”Tiada bagi kamu melainkan apa yang telah kamu usahakan”


YA ALLAH... aku redha. Aku redha Kau kurangkan aku berbanding rakan-rakan ku. Tapi ya Allah, Kau kuatkanlah semangat aku untuk belajar lebih-lebih lagi ketika aku putus asa kerana kekuranganku..

Ameen...


fingers o moethus: inni akhafullah...